sila baca blog ini dalam keadaan anda tidak melengah-lengahkan solat.

Monday, 31 October 2011

Confession c iena.

Salam semua.

So how are you guys lately? Everybody was really busy with Midterm kan. Still, they got their chance utk pertandingan few seconds ago. Yeah, pertandingan comment paling cepat. Semua la kamurang paling menang. Saya hendak berkongsi cerita di sini, ok..kalau rasa macam lame sangat boleh delete tapa rasa segan silu.

Ok, sepanjang 5 tahun di SMU kan, kita selalu mulakan majlis dengan Al-Fatihan. Dan diakhiri dengan Tasbih Kifarah and Surah al-asr. Tapi kamu berani jamin ka semua student tahu apa itu tasbih kifarah?*pardon with Kifarah and Kaffarah..mana satu sebenarnya ni? lima tahun saya belajar di SMU sangat la memalukan di awal tahun belajar di sana kan, saya langsung tidak tau mau baca tu tasbih kifarah. haish. mau tanya senior, ya saya pernah tanya senior. tapi kamu tau pa tu senior jawap??

"kalau nda tau baca ja 'Tasbih Kifarah' dia bilang..' Terus apa la perasaan sia lepas tu? terpinga-pinggan sia tahu tak. kesian kan junior..mbahaha..

setelah sekian lama meninggalkan SMU, jarang la saya berada di majlis keaagaman yang ada mau baca tasbih kifarah ni. Biasa la, kalau suda belajar dan tinggal bukan di asrama. Masa mau dgr ceramah agama pun nda da. busy dengan dunia semata-mata. betapa indahnya waktu di SMU dulu. ada ceramah free. rasa menyesal pula bila kami turut 'berceramah' di belakang. sekarang ilmu nak di share dgn kawan-kawan lain pun sikit. nama sahaja sekolah agama kan. until one day, ada seorang teman. yang baik hati berceramah dengan saya di telephone. (betapa baik ni hamba Allah mengingatkan kealpaan diri) sudah dia berceramah 10-15 minit saya dengan tekun mendengar. Bila di penghujung perbualan macam biasa la. ok tutup majlis dengan Tasbih Kifarah dan surah al-asr. Tergamam saya seketika. Ya Allah, dah lama tak baca tasbih kifarah. macamana permulaan dia tu? laaama saya diam. err err sia bilang (tula penangan mau berlumba2 hafal lagu Bruno Mars) macam waktu tu kan sia mau bedal ja baca apa2. nasib lagi nda baca doa makan. then dengan tenang, penceramah bilang pigi hafal balik. terus hati tenang. lepas ja sia letak talipun terus sia google tasbih Kifarah


Inisiatif sendiri saja belajar ni tasbih kifarah waktu di SMU. kakak-kakak senior nda pernah ajar. *atau saya yang escape waktu kena ajar, sia pun nda tau. tapi itu la yang mau di highlight kan di sini

Kalau kita pigi wat aktiviti sana SMU lagi, kasi ajar sikit student macam mana mau baca ni tasbih kifarah aa ging.

Jangan hafal lagu Bruno Mars mahupun Lady Gagah sampai lupa baca Al-Fatihah.

Ok, saya rindu SMU.


saya tanpa rasa segan silu mengaku kesilapan diri dan berharap teda la junior sana SMU macam perangai saya. Ataupun di kalangan teman-teman saya. mwah!

-iena

2 comments:

Aziz Syaidahtul said...

agree..kita hidupkan semula naqib dan naqibah. macam bugiey cakap.

ana.faraqien said...

yup. cudnt agree more! :D thanx for sharing, darling :)